23 Jun 2009

Karikatur Di PKNS

Pameran Dan Lakaran Langsung Karikatur Di PKNS Shah Alam Sempena Festival Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor 2009

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi mengundang kami.






© jOnOs 2009

26 Mei 2009

Karikatur Dan Keseronokkan



Seringkali menjadi satu perkara yang sukar difikirkan sesetengah pasangan. Apakah yang perlu dihadiahkan buat si dia sebagai sesuatu yang eksklusif dan istimewa.

Menjadi seorang pelukis, kadangkala memberi saya peluang dan kesempatan mendekati golongan ini bagi mendapatkan buah fikir dan idea.

Tidak perlu ke sana ke mari, cukup dengan menghabiskan masa di hadapan komputer menggunakan internet bagi berkomunikasi secara atas talian.

Melalui pengalaman kecil, suka bagi saya mencadangkan karikatur sebagai potret diri yang sesuai dijadikan hadiah.

Terbaru, saya menghasilkan sebuah karikatur pasangan dari Putrajaya. Tidak semua raut wajah mudah dihasilkan. Bagi seorang yang masih banyak kekurangan ilmu, saya banyak merujuk kepada hasil kerja beberapa individu yang berpengalaman. Ingin saya kongsikan di sini hasil lukisan terbaru saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada pasangan ini. Wajah mereka memberikan saya keseronokkan menghasilkannya. Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagiaan yang kekal daripada Allah s.w.t. Amin.

© jOnOs 2009

17 Mei 2009

Kartun Buku Dr.Shukri Abdullah


Sudah empat bulan tidak melukis kartun bagi buku-buku panduan dan motivasi setelah sibuk berlatih kembali menghasilkan karikatur dan kartun untuk siaran akhbar politik.

"Malaysian Top Student" sebuah buku motivasi dan panduan menyungkil rahsia kejayaan pelajar di Malaysia ditulis oleh pakar motivasi, Dr Shukri Abdullah.

Ini adalah buku kedua Dr Shukri Abdullah yang memberikan saya peluang menghasilkan kartun selepas "Anakku Bijak Belajar", sebuah buku panduan dan motivasi untuk bacaan ibu dan bapa dalam membentuk dan memahami situasi anak-anak yang berdepan dengan pembelajaran.

Buku diterbitkan Al-Amen Serve Holdings Sdn Bhd bakal berada di pasaran sekitar Jun 2009.

* Hak cipta ilustrasi(kartun) Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

© jOnOs 2009

29 Mac 2009

Karikatur Dan Ucapan




'Pameran Dan Lakaran Langsung Karikatur' di Universiti Malaya turut memberi kesempatan saya mengumpul tandatangan bersama sebahagian anggota petugas gerai pameran pada 27 Mac 2009.

Saya dan petugas yang terdiri daripada 20 pelajar, ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat Pak Lah atas jasa beliau selama menjadi Perdana Menteri Malaysia.





'Jasamu Dikenang'
.



Kumpulan pelajar Universiti Malaya
© jOnOs 2009


24 Mac 2009

Karikatur Dan Kerjaya

'Live Sketch Caricature', cukup popular di negara luar sebagai sumber pendapatan lumayan segelintir pelukis. Nama-nama besar seperti Sebastian Kruger, Jan Opdebeeck, Ismael Roldan, Jose Serrudo, Luis Ordonez dan lain-lain lagi cukup dikenali di seluruh dunia termasuk di kalangan pelukis karikatur Malaysia.

Karikatur karya mereka menjadi sumber rujukan kepada pelukis karikatur yang baru menceburi bidang ini. Bidang melukis karikatur kini mula mendapat perhatian di Malaysia. Don, Ambo, Jamil Ahmad, Imuda, Julasri, Sudin adalah antara pelukis karikatur Malaysia yang terawal menjadikan bidang ini mula diikuti sekumpulan pelukis baru.

Kerana urusan jual belinya secara tunai, karikatur menjanjikan pendapatan yang menyenangkan hati para pelukis. Hampir 5 tahun saya meninggalkan bidang ini. Kini cuba kembali belajar dan berlatih bagi mendapatkan hasil lukisan yang boleh memuaskan hati pelanggan.


Februari 2009 adalah kali terakhir melukis karikatur atas jemputan pelajar Universiti Malaya. Program berlangsung selama 4 hari mendapat sambutan yang menggalakkan.

26 dan 27 Mac ini sekali lagi akan ke Universiti Malaya bersama program usahawan anjuran pelajar dan sepanjang April akan berada di Kuantan Parade bersama kumpulan karikatur yang dikendalikan oleh bekas kartunis Gila-Gila, Ambo.




© jOnOs 2009


28 Februari 2009

Tersibuk Semasa Kini


Sebuah karya yang akan diterbitkan dengan edaran percuma kepada rakyat Malaysia. Kartun sketsa lucu tentang isu perkauman yang dipaparkan sebagai renungan dan buah fikir.

Bersyukur kepada-Nya kerana bakat yang dianugerahkan dan peluang menyumbang serta menyampaikan sesuatu kepada masyarakat di luar sana melalui lakaran kartun.

Sebagai manusia kecil yang menjadi rakyat biasa, kesibukan tidak berbeza dengan pejuang politik dalam mencari dan memberi sesuatu kepada segelintir rakyat Malaysia yang mahukan sedikit sumber pengetahuan.

Semoga saudara-saudari adalah salah seorang yang bakal menerima naskah ini sebagai bahan bacaan dalam edaran percumanya oleh penerbit.
© jOnOs 2009

29 Januari 2009

Terkenang Semasa Dulu...

Didoakan semoga rakan-rakan seperjuangan mengecapi nikmat rezeki dan kejayaan yang telah di kurniakan Allah s.w.t... Amin.

27 November 2008

Tentang Dia



Tentang insan
Tentang jantina
Tentang mentari
Tentang awan
Tentang burung
Tentang hujan
Tentang bunga-bungaan
Tentang kucing tenang
Tentang rumput
Tentang Dia...

Maha Pencipta

Dan aku...
Hanya hamba-Nya
Yang kecil




© jOnOs 2008

Masa Dan Peluang


Di mana ada masa dan ruang di situ ada peluang yang perlu direbut. Di situlah pada suatu masa itu saya sempat menconteng ilustrasi kanak-kanak yang sedang diterokai kini.

Merebut ruang dan peluang sementara menunggu mesyuarat dan kuliah tentang sistem fonemik itu bermula...

He he he.

Pesan seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang ilustrasi buku kanak-kanak dan lukisan gaya 'naive', "Kalau mahu melukis ilustrasi kanak-kanak, kita mesti menyukai kanak-kanak terlebih dahulu. Mendekati mereka...dalam pergaulan itu terdapat pelbagai sumber dan rasa yang dapat kita perolehi untuk diterjemahkan."





Terima kasih buat semua kenalan yang telah memberi saya pelbagai ilmu.


Nota : Walau sepatah yang diajar, dia tetap gurumu.

© jOnOs 2008

16 November 2008

Emm...



Semua orang punyai cerita zaman kanak-kanaknya untuk dikongsikan.

Sedar atau tidak...masa itu berlalu. Apabila dewasa, adakah kita sedar?

Bagaimana kita dijaga hingga menjadi dewasa...

Dan... sudah kita membalas jasa-jasa itu?

Emm...

Nota : Tuhan Itu Satu!

© jOnOs 2008

30 Oktober 2008

Dalam Aku Ada DIA


Dalam kesibukan ahli-ahli itu mengira jumlah sokongan memilih calon yang itu dan yang ini.

Dalam Pak Menteri dan Timbalannya itu sibuk menghitung masa peralihan kuasa, hari demi hari.

Dalam Pakatan itu sibuk berpakat-pakat menuju Putrajaya, bukan rombongan suka-suka.

Ada aku...
Juga dalam kesibukan menghitung-hitung masa.
Terlena dalam berfikir perkara dunia dan akhirat.

Aku juga mahu perubahan.
Dan itu akan berlaku pasti.
Akhirnya!

© jOnOs 2008

28 Oktober 2008

Masa Itu Emas

Beginilah rupa meja yang dijadikan tempat berkarya. Sedang dalam kesibukan, meja ini tidak akan dikemaskan sehingga masa lapang itu kembali.



Beberapa lakaran komik sedang disiapkan.
© jOnOs 2008

01 Oktober 2008

Watak Aisyah Dan Kucing Kesayangannya


© jOnOs 2008

26 September 2008

Watak Mak cik Saloma (Nenek Aisyah)

© jOnOs 2008

25 September 2008

Rekaan Watak 4

© jOnOs 2008

22 September 2008

Rekaan Watak 3

© jOnOs 2008

19 September 2008

Rekaan Watak 2


© jOnOs 2008

12 September 2008

sELaMaT BeRpUaSa dAn sELaMaT bErbUkA


Sabda Rasulullah SAW : "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." (Riwayat At-Tirmizi.)
© jOnOs 2008

08 September 2008

Rekaan Watak



© jOnOs 2008

10 Julai 2008

Sekadar Latihan



© jOnOs 2008

03 Julai 2008

Lihat, fikir, dan berilah tajuk yang sesuai...


© jOnOs 2008

29 Jun 2008

Taman Membaca


'Taman Membaca', sebuah ilustrasi terbaru dihasilkan untuk dipamerkan sempena 'Persidangan Asia Pasific' selama tiga hari bermula 1 Julai 2008 di PWTC.

Ilustrasi bertemakan 'Kanak-kanak Dan Membaca' ini dihasilkan dengan melakukan beberapa kajian terhadap ilustrasi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 7 tahun bagi mendapatkan idea dari imaginasi mereka.

Menggunakan kertas lukisan, warna poster, akrilik dan warna air.
© jOnOs 2008

21 Mac 2008

03 Februari 2008

AL-FATIHAH...



Assalamualaikum...

Hari ini dikejutkan melalui pangilan telefon dari Sifu kami, Puan Ainon Mohd dengan perkhabaran sedih tentang pemergian seorang karyawan berbakat besar Allahyarham saudara Ahmad Zafran Abd Mutalib pada 25 Muharram 1429 (Ahad, 03 Februari 2008).


Allahyarham juga dikenali dengan nama penanya Panaharjuna. Saya menghubungi telefon bimbit Allahyarham dan bercakap dengan adik iparnya. Allahyarham kelihatan tidak bangun dari tidur. Apabila cuba dikejutkan oleh salah seorang ahli keluarganya, didapati badannya telah sejuk dan hanya jasadnya yang terbaring.


Sebagai seorang sahabat, saya merakamkan ucapan tahziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Buat sahabat-sahabat yang tidak sempat saya hubungi mengenai berita ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Amin...


05 November 2007


"Semoga sihat dan dirahmati Allah SWT"


Di atas nasihat seseorang melalui emel, sebahagian entri dari blog ini tidak disiarkan buat sementara waktu.

Segala penulisan dan hasil karya akan dipindahkan ke laman web yang sedang dibina. Buat kumpulan pelajar dari UITM Perak terutama saudari Wawa dan saudari Ika yang sedang menjalankan kajiannya terhadap animasi, papan iklan dan penghasilan poster wayang, boleh menghubungi saya terus melalui emel.

Terima kasih,
jOnOs

29 Oktober 2007

Pameran Kartun Asia Ke-11


Sebanyak 75 karya kartun terbaru sentuhan 10 orang kartunis dari 10 negara asia telah dipamerkan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Pameran yang bermula pada 25 Oktober 2007 akan berlangsung selama 17 hari sebelum memulakan gerakan pameran ke lokasi seterusnya di Kota Kinabalu, Sabah pada 15 November 2007 hingga 30 November 2007.

Presiden Persatuan Kartunis-kartunis Selangor (PEKARTUN), Tazidi, merupakan kartunis yang telah mewakili kartunis Malaysia dalam pameran ini. 9 lagi kartunis dari negara asia yang turut terlibat mempamerkan karya masing-masing antaranya Benny Rachmadi (Indonesia), Xia Dachuan (China), Shishir Bhattacharjee (Bangladesh), Lap (Vietnam), Suu Kohma (Jepun), Kosin Srilidtipradit (Thailand), Lyndon Gregorio (Filipina) Jayanto Benerjee (India) dan Dasa Hapuwalanage (Sri Lanka).

Pameran Kartun Asia Ke-11 ini turut mendapat sambutan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia sepanjang pameran ini berlangsung. Kartun karya Kosin Srilidtipradit dari Thailand berjudul 'Job - Desert', kartunis Lap (Vietnam) karya berjudul 'Park Blossoming With Love', 'Short Cut' karya kartunis negara China, Xia Dachuan dan karya kartunis Malaysia, Tazidi berjudul 'Gangsterrism vs Headmaster' antara karya kartun yang menjadi tarikan pengunjung ketika dipamerkan. Selain mesej yang disampaikan melalui persembahan kartun mereka, ketelitian dalam penghasilan karya juga adalah salah satu kekuatan hasil kerja 4 orang kartunis ini menjadi tumpuan.

Semoga kejayaan pameran ini menjadi dorongan dan suntikan semangat buat kartunis-kartunis muda dalam berkarya sebagai pelapis di masa akan datang.


Tabik!



25 Oktober 2007

24 HOUR COMICS DAY

Cabaran 24 HOUR COMICS DAY 2007 telah berlangsung dengan jayanya di ruang legar Cineleisure Damansara pada 20&21 Oktober 2007. Acara yang dianjurkan oleh http://www.cedko.com/ menempatkan sekitar 50 orang pelukis komik amatur dan profesional.
Presiden Persatuan Penggiat Komik Malaysia http://www.pekomik.com/ Mohd Azhar, telah melancarkan cabaran melukis komik tepat jam 12 tengahari. 24 HOUR COMICS DAY juga turut diadakan di seluruh dunia pada masa dan tarikh yang sama.

Cabaran melukis komik 24 muka surat yang perlu disiapkan dalam tempoh 24 jam bermula jam 12 tengahari, Sabtu 20 Oktober dan berakhir jam 12 tengahari, Ahad 21 Oktober. Para peserta bersengkang mata bertungkus-lumus menghabiskan karya masing-masing. Ini merupakan acara kedua berlangsung selepas 24 HOUR COMICS DAY 2006 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa turut mengambil kesempatan mengenali pelukis komik yang menyertai secara lebih dekat lagi. Semoga 24 HOUR COMICS DAY 2008 mendapat sambutan dan sokongan yang berterusan.

Tabik!
Wajah-wajah peserta 24 HOUR COMICS DAY 2007.





31 Ogos 2007

Siri Kartun Fifi

Siri kartun 'Fifi' akan disiarkan di sebuah majalah secara online. Dengan kerjasama :

http://www.fifi.com.my/ImagePro.htm



© jOnOs 2007

16 Julai 2007

JENIS-JENIS SYOT, JARAK DAN SAIZ





© jOnOs 2007

14 Jun 2007

SKRIP

Apakah yang dimaksudkan skrip? Skrip adalah suatu bentuk karangan yang mengikut ‘format khas’, untuk dijadikan satu bahan pengarahan bagi penerbitan persembahan ‘pandang dengar’ melalui media elektronik termasuklah animasi.

Jenis skrip pula bergantung kepada corak cerita itu sendiri. Sekiranya cerita itu berkisarkan kisah permasaalahan masyarakat bandar atau luar bandar, maka jenis skrip itu tergolong ke dalam kategori ‘Drama Masyarakat’ atau ‘Sosial. Jika skrip itu berkenaan kisah pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap tetapi lebih kepada unsur humor, maka itu dikategorikan kepada cerita ‘Aksi Komedi’.

Pereka cerita yang telah mempunyai idea atau ilham akan menulis ‘sinopsis’ dan mengembangkannya di dalam bentuk skrip. Skrip akan membentuk pergerakan cerita. Di dalam sebuah skrip akan dinyatakan petunjuk atau bilangan adegan, situasi tempat, lokasi, masa, kerja asas kamera, arahan aksi, watak, dialog dan arahan khusus watak.

Seorang penulis skrip tidak perlu menulis dalam gaya penulisan yang ‘berbunga-bunga’ di dalam skripnya kecuali pada dialog yang memerlukan watak itu berkata demikian seperti di babak romantik perbualan suami dan isteri atau pasangan kekasih.

Penulis skrip perlu menulis bagi melahirkan idea atau ilhamnya agar dapat difahami oleh pengarah filem supaya ia tidak lari dari idea sebenar. Ini bermakna seseorang penulis skrip bukan sahaja perlu mewujudkan 'komunikasi' bersama pengarah malah terhadap penonton supaya jalan cerita dan mesej dapat difahami.

Seseorang penulis skrip perlu menulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami, ringkas dan tepat. Penulis skrip juga harus memastikan setiap urutan cerita dan adegan dapat difahami apabila seluruh cerita itu telah diikuti atau ditontoni para penonton. Skrip biasanya ditaip di atas kertas bersaiz A4. Berikut adalah contoh penulisan skrip yang biasa digunakan oleh golongan penulis skrip professional.


ADEGAN: 05

EXT. TEPI SUNGAI. PAGI.


PERLIHATKAN PEMANDANGAN DI SUNGAI YANG TENANG DI PINGGIR HUTAN. SANG KANCIL DATANG KE TEBING SUNGAI DAN BERDIRI DI ATAS AKAR POKOK BESAR YANG MENJALAR KE ARAH AIR SUNGAI. SANG KANCIL MEMBAWA BERSAMANYA SEGULUNG KERTAS BERIKAT KAIN BERWARNA KUNING.


SANG KANCIL:

Wahai buaya-buaya sungai sekalian. Dengar sini semua! Aku datang dengan membawa perkhabaran baik dari Istana Segumpal.


DENGAN MIMIK MUKA YANG BERSAHAJA SANG KANCIL MEMBUKA SEGULUNG KERTAS BERIKAT KAIN BERWARNA KUNING DI TANGANNYA DENGAN TENANG. LIMA EKOR BUAYA BERWARNA KELABU, BIRU, MERAH, UNGGU DAN MERAH JAMBU TIMBUL DI PERMUKAAN AIR SUNGAI YANG TENANG DENGAN MENUNJUKKAN KEPALANYA.


Raja Al-Baladi telah menjemput semua buaya penghuni sungai ini ke istana pada esok pagi. Baginda mengadakan makan kenduri. Aku juga telah diperintahkan untuk mengambil buah-buahan di seberang sana.


SANG KANCIL MENUNJUKKAN KE ARAH KEBUN BUAH-BUAHAN DI SEBERANG SUNGAI DENGAN MENGANGKAT TANGAN KANANNYA. BUAYA-BUAYA DI DALAM SUNGAI BERPALING MELIHAT ARAH KEBUN BUAH-BUAHAN.


BUAYA BIRU:

Tahukah kau berenang wahai Sang Kancil?


BUAYA BIRU BERTANYA SEAKAN-AKAN MENYINDIR SAMBIL TERSENYUM SINIS MENGANGKAT KENING BERULANG KALI.


BUAYA MERAH JAMBU:

Apa kau tidak takut menjadi sarapan kami?


BUAYA KELABU, BUAYA MERAH DAN BUAYA BIRU:

Aha ha ha ha ha ha.


KETAWA TERBAHAK-BAHAK MENAMPAKKAN ANAK TEKAK YANG TERJELIR HAMPIR SAMA PANJANGNYA DENGAN LIDAH MEREKA SAMBIL TANGAN MEMEGANG PERUT YANG LAPAR.


SANG KANCIL:

Hai! Sang Bedal berlima…Di antara kalian menjamah aku, dibandingkan dengan hidangan kenduri di istana esok pagi…Yang mana satukah kalian idamkan?


KELIMA-LIMA EKOR BUAYA TERDIAM DAN MENELAN AIR LIUR SALING BERPANDANGAN SESAMA SENDIRI SETELAH MENDENGAR KATA-KATA SANG KANCIL.


BUAYA KELABU:

Kami bergurau saja Sang Kancil. Begini, beri kami berbincang dahulu seminit dua.


SANG KANCIL:

Baiklah, tetapi jangan lama-lama!


BUAYA KELABU:

Ehem hem hem… Sudah tentu hanya dua minit sahaja. Buaya- buaya sekalian! Mari kita ke meja perhitungan!


BUAYA KELABU KETAWA KECIL. DENGAN PANTAS BUAYA KELABU MENGARAHKAN EMPAT SAHABATNYA BERKUMPUL KE BAWAH SEBATANG POHON RENDANG DI SEBERANG SUNGAI BERHAMPIRAN KEBUN BUAH-BUAHAN. SEMUA BUAYA BERGERAK PANTAS.



CUT-


Pada contoh skrip tersebut terdapat beberapa perkara penting yang berfungsi sebagai ‘petunjuk adegan’. Setiap satu daripadanya memainkan peranan penting seperti:


BILANGAN ADEGAN.

ADEGAN 05:
Terdapat pada awal penulisan skrip merupakan nombor bilangan adegan. Adegan yang dihasilkan pada skrip di atas menunjukkan adegan kelima dalam sebuah cerita. Nombor bilangan amat penting untuk memberi kefahaman terhadap pembaca, di adegan manakah sedang mereka lakonkan atau arahkan.


SITUASI DAN TEMPAT.

EXT.
Skrip ini menunjukkan lokasinya adalah di kawasan ‘luar’. ‘EXT’ adalah ringkasan bagi ‘exterior’. Jika lokasinya adalah di dalam rumah, pejabat, kedai dan lain-lain, ia akan ditulis menggunakan ringkasan ‘INT’ bagi penggunaan ‘interior’.
Dari sudut teknikal, ia mampu membantu ‘pengarah sinematografi’ mewujudkan suasana yang sesuai dengan babak yang dikehendaki oleh sutradara.



LOKASI.

TEPI SUNGAI.
Setiap watak yang beraksi sudah tentu berlatar belakangkan sebuah tempat seperti di rumah, jalanraya, atas pokok dan sebagainya. Dalam skrip di atas lokasinya adalah di tepi sungai dalam hutan yang mempunyai pokok-pokok besar.


MASA.

PAGI.
Bagi sesebuah adegan, masa menunjukkan berlakunya sesuatu situasi itu contohnya seperti malam, petang, tengahari atau senja. Masa dalam contoh skrip di atas menunjukkan masa bagi situasi itu berlakunya pada waktu pagi.


CERITA, ARAHAN AKSI DAN KERJA KAMERA.

PERLIHATKAN PEMANDANGAN DI SUNGAI YANG TENANG DI PINGGIR HUTAN. SANG KANCIL DATANG KE TEBING SUNGAI DAN BERDIRI DI ATAS AKAR POKOK BESAR YANG MENJALAR KE ARAH AIR SUNGAI. SANG KANCIL MEMBAWA BERSAMANYA SEGULUNG KERTAS BERIKAT KAIN BERWARNA KUNING.
Animasi akan digerakkan oleh juruanimasi dan pembantu juruanimasi mengikut arahan pengarah animasi bagi menghidupkan cerita. Setiap gerakan watak animasi itu pula dibuat berpandukan rekaletak babak. Rekaletak babak pula dihasilkan merujuk kepada papan cerita.
Dengan membaca perenggan arahan yang ditulis penulis skrip, juga akan dapat membantu gerakan kamera yang diperlukan mengikut gerak dan aksi watak. Ia berfungsi secara tiga dalam satu iaitu membaca adegan cerita, memberi arahan aksi watak dan mencadangkan gerakan asas kerja kamera.


NAMA WATAK.

SANG KANCIL:
Nama watak akan ditaip di tengah-tengah dengan jarak selang 'dua' atau 'empat' baris dari kolum 'arahan cerita'. Nama watak pula mesti di taip dengan menggunakan huruf besar.


DIALOG.

Wahai buaya-buaya sungai sekalian. Dengar sini semua! Aku datang dengan membawa perkhabaran baik dari Istana Segumpal.
Dialog akan di taip selang dua baris dari jarak NAMA WATAK dan di tulis dalam huruf kecil, kecuali huruf bagi permulaan dialog, nama tempat, nama orang, huruf selepas noktah, tanda seruan dan sebagainya.


ARAHAN KHUSUS WATAK.

DENGAN MIMIK MUKA YANG BERSAHAJA SANG KANCIL MEMBUKA SEGULUNG KERTAS BERIKAT KAIN BERWARNA KUNING DI TANGANNYA DENGAN TENANG. LIMA EKOR BUAYA BERWARNA KELABU, BIRU, MERAH, UNGGU DAN MERAH JAMBU TIMBUL DARI PERMUKAAN AIR YANG TENANG DENGAN MENUNJUKKAN KEPALANYA.
Arahan khusus watak berbeza dengan arahan kamera, aksi watak atau arahan cerita untuk kefahaman pembaca skrip (pelakon watak). Di dalam penulisan skrip, arahan ini dibuat khusus bagi watak sahaja untuk beraksi. Arahan ini ditaip di tengah-tengah, juga dengan menggunakan huruf besar kesemuanya. Arahan ini juga bertindak sebagai panduan untuk membimbing aksi watak.


© jOnOs 2007

08 Jun 2007

Proses Peringkat Pra-Produksi

1) Idea
2) Skrip
3) Rekaan Watak
4) Rekaan Latar Belakang
5) Rakaman Suara
6) Gubahan Muzik Dan Lagu
7) Papan Cerita
8) Reka Letak Babak


© jOnOs 2007

Proses Penghasilan Animasi 2D (Lukisan)

Menghasilkan sebuah siri animasi bukanlah suatu perkara yang mudah, ia memerlukan masa serta kos yang agak tinggi. Namun begitu, kini semakin ramai pelukis yang mempunyai bakat dan minat mula menceburkan diri ke bidang tersebut. Syarikat pengeluar animasi juga semakin bertambah. Ternyata perniagaan dan kerjaya di dalam dunia animasi ini mampu memberi pulangan lumayan bagi mereka yang berpandangan jauh dan gigih dalam menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

Proses pembikinan animasi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu, 'pra-produksi', 'produksi' dan 'pos-produksi'. Ketiga-tiga peringkat proses pembikinan animasi ini memerlukan pembabitan beberapa individu tertentu antaranya pengarang cerita, penulis skrip, pengarah filem, pengarah animasi, pengarah seni, penyumbang suara, penggubah lagu, penyanyi, pemuzik, pelukis papan cerita, pereka bentuk watak, jurureka letak babak, pelukis latar belakang, juruanalisa bunyi, juruanimasi, pembantu juruanimasi, penyunting dan ramai lagi.


© jOnOs 2007

24 Mei 2007

Hidup Animasi!!

Pada 21 Mei lalu, dua kementerian telah ke Jepun dan Korea Selatan bagi melihat kemajuan program digital dan animasi di kedua-dua negara itu. 'Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan' (KeKKWa) serta 'Kementerian Sains, Teknologi dan Inovatif' (Mosti), telah bersama-sama membuat pertemuan dengan 'Gabungan Persatuan Animasi Korea' juga 'Pusat Kemajuan Animasi Korea' bagi membincangkan dan membuat rundingan bersama penggiat industri itu yang berada di tempat teratas di kalangan negara Asia dalam perkembangan animasi dan filem digital.

Perbincangan dan rundingan bersama penggiat industri dari kedua negara itu bertujuan untuk meminta kerjasama, bagaimana mereka boleh membantu dalam mengembangkan industri ini.

Finas telah menerima arahan dari Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Rais Yatim bagi menyiapkan kertas kerja yang diperlukan berkaitan keperluan program digital dan animasi ini. Menurut Dr Rais lagi, KeKKWa sentiasa prihatin terhadap hal ehwal kebajikan orang seni bukan sahaja karyawan filem malah antara lain penggiat teater, pengukir, pemuzik, pelukis, penulis dan lain-lain lagi. Satu peruntukan am berjumlah RM6 juta dimasukkan ke dalam 'Tabung Kebajikan Karyawan' di bawah KeKKWa bertujuan membantu golongan karyawan seni yang memberi sumbangan dalam bidang masing-masing.

Walaupun industri animasi dan digital kita agak ketinggalan berbanding negara lain, namun kita telah berjaya mendapat beberapa pengiktirafan dalam menghasilkan animasi. Beberapa pihak swasta juga sebenarnya sudah melakukan kerjasama dengan pelbagai pihak luar dalam menaikkan industri ini. Buat semua karyawan filem dan animasi, aku sertakan di bawah ini autograf dari tokoh animasi Malaysia, Hassan Abdul Muthalib atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Hassan' bagi golongan karyawan muda yang telah aku simpan sejak tahun 2000 ketika bersama-sama di 'Malaysian Animation Festival 2000' yang berlangsung di 'Kolej Yayasan Melaka' (KYM). Semoga kata-kata Pak Hassan ini dapat memberi semangat buat semua penggiat filem dan animasi di Malaysia.


23 Mei 2007

Tokoh Animasi Malaysia

Hassan Abdul Muthalib atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hassan oleh mereka yang lebih muda dan sering berguru bersamanya dalam mengenali bidang animasi dan filem. Di lahirkan pada 03 November 1945 di Alor Star, Kedah dan dibesarkan di Jelutong, Pulau Pinang pada tahun 1950. Pak Hassan menuntut di Sekolah Menengah Georgetown sehingga tamat tingkatan lima.

Pada tahun 1964, Pak Hassan mula melangkahkan kaki ke Kuala Lumpur dan bekerja di 'Pasaraya Robinsons'.

Dari situlah Pak Hassan mula mengenali sedikit sebanyak tentang 'set' dan setiap kali tiba musim perayaan Pak Hassan perlu menjalankan tugas dengan menjalankan kerja-kerja dekorasi ruang bangunan pasaraya. Antaranya beliau pernah melukis lukisan bersaiz '95 kali 5' kaki persegi.

Pak Hassan yang juga meminati bidang senifoto telah membeli sebuah kamera hasil titik peluh pekerjaannya pada 1965. Dari situlah Pak Hassan mula mengenali dan mempelajari bidang 'media manipulasi imej'. Pada sekitar tahun 1967 pula, Pak Hassan telah memohon menyertai 'Filem Negara' setelah melihat iklan yang tersiar. Di situ Pak Hassan mula terlibat dalam pembikinan 'set' setelah terpilih dari seramai sepuluh orang yang memohon. Sepanjang tahun 1970, Pak Hassan pernah terlibat dalam rekaan set bagi dua buah drama 'Tamil'. Pak Hassan diminta menerbitkan sebuah 'treler animasi' untuk 'Perayaan Hari Krismas' pada tahun 1972.

Beliau yang tidak memiliki ilmu di dalam bidang pengarahan, penulisan atau penghasilan animasi pada ketika itu sudah mula menaruh minat dan sering melakukan kajian serta percubaan dalam menghasilkan animasi. Antara 'treler' popular yang disukai penonton berjaya dihasilkannya pada ketika itu adalah 'Nyamuk Aedes', 'Jimatkan Elektrik' dan 'Anti Dadah'. Tahun 1981, Pak Hassan dilantik menjadi 'Ketua Unit Senireka'.

Pak Hassan seterusnya mendapat pendedahan terhadap 'dunia sastera' yang telah membuka matanya terhadap penghasilan skrip filem. Dua tahun kemudian, dengan pengetahuan dan minat terhadap fotografi, maka datang pula minat terhadap bidang perfileman. Pak Hassan mula mengikuti sesi 'Dialog Cerdik' anjuran 'ANA' bersama Johan Jaafar dan beberapa yang lain.

Setelah menonton filem animasi pendek 'Hikayat Sang Kancil' arahan A.Xavier, 'Menteri Penerangan' meminta Pak Hassan menghasilkan filem animasi pendek bagi cerita 'Sang Kancil Dan Buaya', serta 'Sang Kancil Dan Monyet' . Kedua-dua filem animasi pendek tersebut mendapat sambutan yang baik dari penonton televisyen di rangkaian RTM. Sebanyak lima filem animasi pendek telah berjaya dihasilkan, Pak Hassan telah membuat pilihan untuk bersara pada tahun 1995. Pak Hassan telah mendapat dua anugerah antaranya 'Anugerah Sri Angkasa' bagi 'Idea Terbaik' dan 'Treler Terbaik'.

Selain itu Pak Hassan juga pernah menerima 'Anugerah Juri' untuk 'Doku Terbaik' di 'Festival Filem Asia Pasifik' dan 'Kesan Visual Terbaik' di Jakarta bagi animasi di dalam 'filem pertama' Malaysia yang menggabungkan watak animasi dan manusia dalam 'Mat Gelap' lakonan Imuda. Bagi filem animasi pertama Malaysia 'Silat Lagenda', Pak Hassan menjalankan kerja-kerja pengarahan, penulisan, penyeliaan kesan visual dan pereka prop.

Di beberapa festival yang berlangsung di 'Korea Utara', Pak Hassan pernah melibatkan diri sebagai 'ahli panel juri' sekitar 1998. Membentangkan dua kertas kerja di 'Tokyo' pada 1996 dan 2003 serta menjalankan kursus dan bengkel bagi doku dan animasi di 'India' dan 'Sudan'. Pak Hassan kini berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Lim Kok Wing, Go Academy, One Academy juga Akademi Seni Kebangsaan selain mengendalikan bengkel penulisan skrip filem, drama dan dokumentari anjuran 'Finas'. Pak Hassan juga merupakan presiden bagi 'Persatuan Animasi Malaysia' (Animas).

21 Mei 2007

Sejarah Awal Animasi Malaysia

'Wayang Kulit' adalah antara animasi awal yang terdapat di Malaysia kerana persembahan gerakan watak wayang kulit dikawal pemainnya bergelar 'Dalang' melalui sendi tangan, leher dan mulut yang digerak-gerakkan.

Teknik gerakan ini hampir sama seperti yang digunakan bagi menggerakkan watak kartun animasi di dalam pembikinan 'animasi guntingan' atau 'cutout animation' seperti siri animasi 'South Park'. Juru animasi dari Jerman, Lotte Reiniger mendapat ilham membuat filemnya yang berjudul 'The Advantures Of Prince Achmed' pada tahun 1926 berasaskan wayang kulit.

Secara ringkasnya sejarah animasi di Malaysia bermula dengan tertubuhnya 'Unit Filem Malaya' pada tahun 1946, kini dikenali sebagai 'Filem Malaysia' telah menghasilkan animasi 'Hikayat Sang Kancil' pada tahun 1978 dan mula ditayangkan di televisyen pada tahun 1983. Filem pendek lain ditayangkan sekitar tahun 1984 hingga 1987 antaranya berjudul 'Sang Kancil & Monyet', 'Sang Kancil & Buaya', 'Gagak Yang Bijak', 'Arnab Yang Sombong' dan 'Singa Yang Haloba'.

Kehadiran penggunaan teknologi digital pada awal 1990an pula telah menjadikan Malaysia mempunyai kartun siri animasi TV pertama 'Usop Sontorian' terbitan 'Kharima Pictures'. Seterusnya tertubuhlah pelbagai lagi syarikat animasi yang menerbitkan siri animasi TV seperti 'Yokies', 'Sang Wira', 'Kampung Boy' 'Anak-anak Sidek', 'Keluang Man' dan lain-lain
lagi.

'Silat Lagenda' terbitan 'Peninsula Pictures Sdn Bhd' pula merupakan filem animasi pertama Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1998. Filem pertama menggabungkan lukisan kartun animasi dan lakonan sebenar (manusia) pula adalah 'Mat Gelap' lakonan kartunis Imuda, pada tahun 1990 terbitan 'ZHA Film Production'. Animasi kini makin berkembang di Malaysia dengan penggunaan pelbagai teknik serta menjadi pilihan kerjaya bagi sesetengah pelukis.

16 Mei 2007

Animasi Pertama Dan Penciptanya

Animasi merupakan seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yang kelihatan bergerak dan hidup. Animasi juga adalah gabungan dua seni iaitu seni lukis dan filem. Bagi menghasilkan animasi yang baik, kita harus mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang seni lukis dan filem.

Animasi pertama telah dihasilkan pada tahun 1901 dan dicipta oleh seorang lelaki bernama Walter Disney. Walter Disney dilahirkan di Missouri, Amerika Syarikat dan membesar di ladang gandum, mempunyai minat di dalam bidang lukisan. Hampir setiap hari beliau melukis pelbagai jenis haiwan yang dilihatnya.
Minat yang mendalam melalui bakat semulajadi telah menjadikan Walter Disney amat dikenali ramai.

Beliau telah berjaya menghasilkan sebuah filem kartun bagi sebuah syarikat yang bernama 'Laugh-o-Gram' bertempat di Kansas selepas menjadi seorang pelukis iklan sebagai kerjaya permulaannya. Beliau seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang setelah menghasilkan watak 'Mickey Mouse' pada 1928 serta watak 'Donald Duck' pada tahun 1934. Kedua-dua watak kartun rekaan Walter Disney menjadi popular dan dikenali seluruh dunia sehingga kini.

Dengan pencapaian serta sambutan yang menggalakkan, Walter Disney seterusnya menghasilkan beberapa filem animasi antaranya 'Snow White and The Seven Dwaft' pada tahun 1937, 'Pinocchio' pada 1940 dan 'Bambi' pada tahun 1942. Sekitar tahun 1964 pula, beliau telah menghasilkan sebuah filem yang menggabungkan watak animasi dan pelakon sebenar (manusia) melalui filem 'Mary Popins' selain menggunakan hanya watak kartun di dalam filem-filem animasinya. 'Walt Disney Pictures' telah ditubuhkan sempena namanya yang telah beroperasi bagi mengeluarkan pelbagai filem animasi dan menjadi satu jenama yang kuat dalam menguasai pasaran seluruh dunia.

Ikon Pakar Cinta

Yusof Ibrahim



© jOnOs 2007

Ikon Dr.Mohd Shukri Abdullah

Tabik! Dr Shukri.







© jOnOs 2007

Anakku Bijak Belajar.06

"Kawal TV...bukan di kawal TV!"


© jOnOs 2007

Anakku Bijak Belajar.05

"Bantu anak membuat matlamat hidup yang jelas."




© jOnOs 2007

Anakku Bijak Belajar.04



© jOnOs 2007

Anakku Bijak Belajar.03

"Apabila ayah terlalu sibuk."



© jOnOs 2007

Anakku Bijak Belajar.02

"Apabila anak dipaksa untuk berubah.."



© jOnOs 2007


Anakku Bijak Belajar.01


"Tidak ada pelajar bodoh, hanya pelajar kurang faham.."



© jOnOs 2007

15 Mei 2007

LAKARAN DARI TULISAN


© jOnOs 2007

TERIMA KASIH SIFU


Di atas pertanyaan sahabat-sahabat semua, imej apakah yang tersiar di http://www.universitipts.com/?p=2029 , berikut adalah imejnya. Sekadar kartun Sifu mengikut imaginasi sebagai ucapan 'terima kasih ' di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diperturunkan secara percuma kepada kita semua.

Tulisan Cerminan Jiwa

Lakaran Idea


Perkataan 'BERJAYA' dibentuk menjadi aksi kartun seseorang yang beroleh kejayaan.


'Tulisan Cerminan Jiwa', membentuk watak-watak kartun dari perkataan 'JIWA' yang menunjukkan keperibadian jiwa sesetengah manusia.



Ejaan nama 'ALBERT EINSTEIN' membentuk potret diri beliau.
© jOnOs 2007

07 Mei 2007

World Press Freedom Exhibition

Dalam kesibukan ribuan ulat buku mengunjungi 'Pesta Buku Antarabangsa 2007', seorang kartunis popular dengan kartun politiknya telah mengadakan sebuah pameran kecil di 'Kompleks Annex', Kuala Lumpur. Walaupun ianya sebuah pameran kecil, namun pameran itu menyampaikan mesej yang besar kepada pengunjung yang hadir. Pameran yang berlangsung selama tiga hari dikunjungi peminat kartun dari berbilang bangsa. Pameran itu juga turut menarik minat pelancong-pelancong yang berkunjung ke 'Pasar Seni' yang terletak berhadapan 'Kompleks Annex' untuk singgah menyaksikan kartun karya kartunis Zunar. Jelas, kepuasan terpamer dari wajah kartunis Zunar yang pada ketika itu sedang sibuk melayan pengunjung dari luar negara. Pengunjung itu begitu kagum pada kartun-kartun yang dipamerkan. Sebagaimana tegasnya kartunis Zunar bersuara, begitu jugalah tegasnya sindiran yang disampaikan melalui kartun karyanya. Berus lukisan, kertas dan dakwat adalah tempat beliau menyampaikan sesuatu yang masyarakat patut dan perlu tahu. Aku yang sempat hadir memberi sokongan pada hari terakhir pameran ingin berkongsi bersama pengunjung blog ini yang ingin melihat beberapa gambar ketika pameran itu berlangsung.

Papan tanda ke arah ruang pameran yang diletakkan di tingkat bawah pintu masuk 'Kompleks Annex'.

Di pintu masuk ruang pameran.

Kartun terbaru yang pernah disiarkan di sebuah akhbar turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.


Antara karya peserta lain yang turut dipamerkan pada hari tersebut.



Kartunis Ronasina turut hadir bersama isteri dan anak menyaksikan pameran.

Sebuah koleksi terbaru berjudul 'Cartoons On Tun And Others' karya kartunis Zunar.


Kartunis Zunar yang sedang bukan merenung masa depannya tetapi sedang memikirkan satu tanggungjawab besar menyampaikan sesuatu kepada masyarakat melalui karya kartunnya.

26 April 2007

Siapa Zulkifli S.M Anwar Ulhaque?

Mungkin tidak ramai yang mengenali Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque, anak kelahiran Bukit Junun, Gurun, Kedah ini. Mula berkarya seawal tahun 1973 di majalah 'Bambino', kemudian kartun karyanya mula tersiar di majalah 'Kisah Cinta' dan akhbar 'Mingguan Perdana'.

Zulkiflee bin S.M. Anwar Ulhaque adalah nama sebenar kartunis yang terkenal dengan nama samarannya Zunar. Zunar seterusnya berkarya bersama majalah 'Gila-Gila' terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd. Ideanya yang sinis, mula menarik perhatian pembaca juga penerbit lalu ditempatkan kartun karya Zunar di dalam majalah sisipan 'Gila-Gila', 'Cili Padi' dengan kartun berjudul 'Gebang-gebang'.

Atas sambutan peminat serta pembaca 'Cili Padi' yang begitu menggalakkan, 'Gebang-gebang' akhirnya diterbitkan dalam bentuk koleksi. Zunar juga pernah memegang jawatan sebagai setiausaha Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun). 'Papa' pula merupakan karya Zunar yang disiarkan bersama akhbar 'Berita Harian' dalam bentuk kartun strip. Selain itu kartun berjudul 'Cinta Tak Semestinya Bersatu' dengan watak pasangan kekasih 'Liza' dan 'Kadok', 'Ofis Corner' yang memaparkan ragam kakitangan-kakitangan pejabat antara karya Zunar yang masih dicari pembaca serta peminat bagi generasi baru sebagai simpanan koleksi peribadi masing-masing.

Pada sekitar tahun 1998, atas rasa tanggungjawab beliau sebagai kartunis yang ingin menyampaikan sesuatu kepada masyarakat, Zunar mula beralih kepada bentuk kartun politik. Kali ini kartun politik hasil karyanya diterbitkan bersama akhbar 'Harakah'. Idea-idea tajam dengan humor yang sinis menunjukkan kematangan beliau dalam berkarya. Gaya lukisan kartun yang unik serta karikatur wajah ahli politik terkini dan terdahulu sering mencuit hati pembaca dan peminatnya dengan penyampaian mesej yang penuh makna.

Zunar masih bergerak aktif membentuk bakat-bakat baru sebagai kartunis pelapis di dalam bengkel kartun bersama beliau pada penghujung tahun 2006. Sifatnya yang kelakar dan suka bergurau menimbulkan satu suasana yang ceria bagi setiap sesi pembelajaran di dalam bengkel yang dianjurkan.

Buat peminat-peminat kartun karya Zunar yang telah lama menunggu, sebuah koleksi terbaru beliau telah berada di pasaran berjudul 'Cartoons On Tun And Others'. Bagi yang ingin melihat rakaman pelancaran buku itu serta gambar-gambar boleh menziarahi....
http://blog.twilight-zones.com/?p=107 dan yang ingn membeli secara on line sila ke http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=659 .

Zunar kini masih lagi berkarya untuk kartun politik di akhbar 'Harakah', 'Suara Keadilan', dan 'Wasilah'. Sebuah buku yang berjudul 'Ayah Kita Bos' hasil tulisan 'Si Naga-naga' dan 'Tok Rimau' turut menyiarkan kartun sentuhan Zunar.
Autograf dari kartunis Zunar beserta kata-kata semangat sebagai dorongan buat aku.



Para peserta sedang tekun mempelajari ilmu di dalam bengkel 'Motivasi Karya' bersama kartunis Zunar.

24 April 2007

Dan Din Don

Bagi peminat majalah kartun 'Gila-gila' pasti tidak pernah lupa gelagat kanak-kanak riang 'Dan Din Don' suatu ketika dahulu. Itulah karya kartunis yang menggelarkan namanya 'Don' atau nama sebenarnya Saadon Ishak.

Kartunis yang berasal dari Grik, Perak ini mempunyai gaya lukisan kartunnya yang tersendiri. 'Pengembaraan Pendekar Mata Tiga' juga siri kartun beliau yang mendapat tempat di hati peminat-peminat kartun sezaman dengannya mahupun sekarang.

Kartunis Don juga terlibat dalam pembinan filem animasi kedua Malaysia, 'Putih'. Watak-watak asal dalam filem animasi tersebut adalah rekaannya berpandukan pelakon terkenal yang terdiri daripada M.Nasir,(watak Putera Aftus), Erra Fazira,(watak Putih), Wan Maimunah(watak Mak Kundur), Raja Azura,(watak Merah), dan lain-lain lagi.

Beliau melakar watak-watak asal tersebut ketika para pelakon sedang melakukan proses rakaman suara bagi filem animasi 'Putih' berlangsung. Kartunis Don, kini aktif melukis karikatur dan menumpukan kerjayanya sebagai pelukis karikatur profesional.

Beliau telah mempunyai ruang melukis karikatur di sebuah pusat membeli-belah bertempat di Bukit Bintang. Pelanggannya terdiri dari pelancong dan pengunjung tempatan pusat membeli-belah tersebut. Lukisan berbentuk karikatur hasil karyanya juga sering menghiasi kain rentang periklanan produk sebagai daya tarikan kepada pengunjung.

Lakaran karikatur wajah aku beserta aoutograf dari kartunis Don ketika aku menziarahi beliau di kediamannya.

Haji Zainal Buang Hussein Gundah?

Bekas presiden Pekartun iaitu kartunis yang disegani ramai, Haji Zainal Buang Hussein adalah diantara pelopor majalah 'Gila-Gila' terbitan kumpulan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) dan banyak menghasilkan ilustrasi kulit majalah tersebut di awal pembabitannya. Beliau juga turut menghasilkan kartun 'Kutu' bagi akhbar Utusan Malaysia untuk beberapa tahun secara bersiri hingga menjadi kompilasi terbaik beliau. Beberapa novel kreatif juga pernah dihasilkannya. Kini, Haji Zainal Buang Hussein bakal kembali beraksi dengan novel grafiknya 'Gundah'. Karya Haji Zainal sudah pastinya dinanti-nantikan peminat dunia kartun tanahair. Lorekan halus disetiap karya hasil tangan Haji Zainal dalam kartun mahupun karikatur buat ramai peminat serta rakan seperjuangan terpegun setiap kali melihatnya. Dari situ dapat dilihat betapa telitinya Haji Zainal apabila menyiapkan sesuatu yang bakal dipertonton kepada pembaca. Selain melukis kartun, karikatur, ilustrasi dan menulis novel, Haji Zainal juga merupakan seorang pelukis catan. Menjengah ke rumah beliau pada pertengahan tahun 2006 membuatkan aku rasa seperti ke sebuah galeri. Di dinding ruang tamu rumahnya dipenuhi lukisan-lukisan yang cukup indah. Bila dihayati ternyata Haji Zainal merupakan seorang yang amat mementingkan kualiti pada setiap karyanya. Tidak hairanlah jika segala hasil kerja Haji Zainal masih diminati, diingati dan digilai hingga kini kerana kualiti dan ketelitiannya. Sama-sama kita nantikan kemunculan 'Gundah' dipasaran kelak.

Menjengah Haji Zainal Buang Hussein

Autograf dari Haji Zainal berbentuk karikatur beliau beserta doa buat aku dalam membina kerjaya.


Sebahagian kulit novel grafik 'Gundah' yang dapat disiarkan.


Petikan dari karya terbaru Haji Zainal Buang Hussein dalam novel grafik berjudul 'Gundah'







Karikatur diri sendiri dijadikan hiasan di pintu masuk rumah. Aku tidak melepaskan peluang mengambil gambar untuk dijadikan simpanan peribadi dan aku kongsikan buat tatapan peminat-peminat Haji Zainal Buang Hussein di sini.












Di sinilah ruang Haji Zainal berkarya. Melihat kepada buku-buku yang menimbun, ternyata Haji Zainal Buang Hussein rajin membaca dan sering melakukan kajian bagi menghasilkan karya yang benar-benar berkualiti.


Haji Zainal Buang Hussein bersama potret Mawi, hasil lukisan beliau menggunakan cat minyak di atas canvas.


21 April 2007

Ilustrasi Kulit Novel Drama 'Faisal Tehrani'



Setelah ilustrasi kulit novel 'Memeluk Gerhana' dihasilkan, aku mendapat satu lagi peluang menyiapkan ilustrasi bagi sebuah novel drama hasil tulisan penulis yang cukup dikenali ketika ini, Faisal Tehrani. Kali ini ilustrasi yang dikehendaki lebih mencabar dan rumit untuk dihasilkan kerana ceritanya mempunyai watak-watak yang sukar untuk aku gambarkan dalam bentuk ilustrasi. Walau bagaimanapun, setiap watak yang ada telah disertakan perwatakannya oleh penulis untuk aku jadikan panduan ketika melakukan proses melukis ilustrasinya. Watak-watak di dalam drama novel ini adalah Sahlan, seorang volkanalogis berusia akhir 20an yang ingin menjalani pembedahan menjadi seorang wanita transeksual, Mazlan 30an, seorang doktor perubatan yang mempunyai masalah rumahtangga, Razlan seorang ustaz muda berusia 30an dan paling menarik adalah Paduka Ratu. Di sini ingin aku kongsikan beberapa lakaran proses penghasilan ilustrasi bagi novel drama 'Bila Tuhan Berbicara'.





Setelah membaca sinopsis dan membuat perbincangan, pada peringkat permulaan aku membuat lakaran kasar watak-watak yang aku bayangkan. Apabila mendapat persetujuan pihak penerbit, aku membuat lakaran pensil yang agak bersih dan halus sebelum proses memasukkan dakwat. Segala proses secara manual selesai barulah aku memulakan proses mewarna secara digital. Untuk memilih warna yang sesuai juga agak sukar kerana ilustrasi ini sekali lagi akan digabungkan bersama lukisan catan gaya naive karya Yusof Gajah. Aku yang masih banyak kekurangan dalam proses mewarna secara digital ini akhirnya berjaya juga menyiapkan ilustrasi kulit novel drama karya Faisal Tehrani ini dengan membawa pengalaman baru untuk aku meneruskan ilustrasi aku di masa akan datang.







Watak Sahlan(kiri sekali), Ustaz Razlan(tengah), Dr.Mazlan(kanan).

Ilustrasi Kulit Novel








Menghasilkan kelainan di dalam sebuah ilustrasi yang ingin dijadikan penghias kulit novel bukanlah suatu kerja yang mudah lebih-lebih lagi pada waktu yang singkat. Aku telah menerima satu tugasan bagi menghasilkan ilustrasi penghias kulit novel, 'Memeluk Gerhana' karya Isa Kamari. Pengalaman ini amat mencabar bagi ilustrator yang masih mentah seperti aku. Banyak lakaran yang telah dibuat selepas sesi perbincangan dalam kumpulan kerja. Setelah membaca sebahagian sinopsis dan pengenalan watak di dalam novel ini, aku melakarkan lukisan berbentuk 'oranglidi' sebanyak yang mungkin bagi mendapatkan idea. Berikut adalah sebahagian lakaran yang dihasilkan selepas beberapa lakaran berbentuk 'oranglidi' dilakukan. Turut terlibat dalam penghasilan kulit novel ini adalah pelukis terkenal dengan gaya naive iaitu Yusof Gajah dan Nur Azmi bersama rekaan grafik oleh Khyrul Alfie. Buat rakan-rakan seperjuangan yang berpengalaman, harap dapat memberikan aku pendapat, pandangan dan tunjuk ajar setelah menilai hasil kerja aku ini untuk aku jadikan panduan pada karya aku di masa akan datang.

20 April 2007

Ilustrasi Nur Jannah Dini

Pada 25 Julai 2005 di Hotel Istana, Kuala Lumpur sebuah buku pendidikan awal kanak-kanak berjudul 'Cepat Baca' telah menerima hadiah galakan sempena Anugerah Buku Negara bagi kategori Pembikinan Buku Terbaik Buku Kanak-kanak Dalam Bahasa Melayu. Apa yang ingin aku kongsikan di sebalik buku 'Cepat Baca' ini adalah berkenaan ilustrasinya. Semua ilustrasi di dalam buku tersebut dilukis oleh Puan Nur Jannah Dini dan diwarnakan oleh ilustrator dalaman pihak penerbitan. Setiap aksi, mimik muka, susun letak watak-watak dalam ilustrasi ini menimbulkan suasana penceritaan yang sungguh menarik. Ternyata ilustrasi Puan Nur Jannah Dini berjaya menarik minat kanak-kanak yang menggunakan buku tersebut.

(Hakcipta ilustrasi milik Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.)

Ibu, Motivator dan Ilustrator

Puan Nur Jannah Dini, ibu kepada empat belas orang anak. Empat daripada anak beliau adalah kembar seiras. Bagi pembaca majalah 'Anasihah' diterbitkan sekitar tahun 80an pasti biasa melihat nama pelukisnya Ibnu Yaqin dan di majalah 'Al-Ain' dengan nama Jannah. Kedua-dua nama samaran tersebut digunakan Puan Nur Jannah Dini suatu ketika dahulu. Bakat seni lukis yang diwarisi dari bapanya, Kartunis Dinie Jurie yang menghasilkan kartun Long&Dogol di 'Utusan Malaysia' pada akhir 70an kini mengalir dalam dirinya. Puan Nur Jannah Dini kini merupakan seorang ilustrator yang cukup berpengalaman dalam menghasilkan ilustrasi buku kanak-kanak. Setiap ilustrasi yang dihasilkan beliau menampakkan ketelitian kerja serta kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Mimik muka, aksi, pakaian, susun letak karektor dan latar belakang cukup membuatkan suasana di dalam ilustrasi itu hidup. Setiap kali hendak mula melukis, beliau akan meneliti arahan yang diberi untuk difahami dan mencari rujukan jika ianya sesuatu yang jarang dilihat di sekeliling. Bagi ilustrasi buku cerita kanak-kanak yang memerlukan watak kanak-kanak untuk dilukis, Puan Nur Janah Dini menjadikan anak-anak beliau sebagai sumber inspirasi bagi mendapatkan gambaran aksi, bentuk tangan, mimik muka, juga kedut pakaian setiap aksi pergerakan. Ilustrasinya juga pernah digunakan oleh kumpulan nasyid terkenal dalam sebuah pembikinan video klip bagi album nasyid mereka. Puan Nur Jannah Dini kini masih aktif melukis ilustrasi untuk majalah kanak-kanak, buku cerita dan pendidikan kanak-kanak kepada beberapa buah syarikat penerbitan. Selain itu beliau sering diundang sebagai motivator dan sedia menerima sebarang jemputan bagi program motivasi keluarga. Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau boleh terus menghubungi telefon bimbit beliau di nombor 016-238 2792.

12 April 2007

Rahsia Jutawan Siber

Perniagaan melalui internet kini menjadi salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk mendapatkan perhatian dan pelanggan. Ini kerana perubahan zaman ke arah teknologi semakin pesat berkembang. Kemudahan penggunaan internet boleh dikatakan cukup meluas dari pusat bandar hingga ke pelusuk kampung bagi penjual mengenengahkan produk masing-masing dengan cepat dalam tempoh masa yang singkat. Kini impian menjadi seorang jutawan internet bukan lagi satu khayalan. Dalam dunia kartun kesempatan dan peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh seorang pelukis karikatur, ilustrator juga kartunis yang terkenal dengan cartoon strip di harian metro, berita minggu dan sisipan Joran. Sering melukis karikatur di pesta dan majlis konvokesyen. Khidmat melukis karikatur kini disediakan beliau melalui internet. Usaha ini patut dicontohi kerana inilah laman web pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat melukis karikatur seperti ini! Untuk mendapatkan maklumat khidmat beliau sila layari www.karikatur4u.com

Perniagaan internet juga boleh dimulakan tanpa modal yang besar. Ia boleh dikendalikan serta boleh menjana keuntungan yang besar. Bagi yang ingin memulakan perniagaan melalui internet tetapi tidak tahu bagaimana caranya, pelajari beberapa rahsia melalui sebuah kursus yang komprehensif dan dibimbing oleh mereka yang telah berjaya dan membuktikan bahawa sesungguhnya internet boleh menghasilkan pulangan dan pendapatan yang luarbiasa.
Sudah tiba masanya kita menjadi bos kepada diri kita sendiri. Kita boleh menjalankan perniagaan di dalam keselesaan rumah kita sendiri. Tidak kira apakah latar belakang pendidikan, kita boleh melakukannya dengan penuh yakin! Lihat kursus dan maklumat lanjut diusahakan seorang jurutera di
http://kongsiebay.blogspot.com/

09 April 2007

Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2007

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) telah mengatur pelbagai aktiviti menarik pada 02-08 April 2007 Bersempena dengan Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa yang disambut pada 02 April setiap tahun dan meraikannya dengan tema, 'Buku Untukku dan Untukmu'.

Aku yang masih kerdil dalam dunia mempamerkan hasil karya diberi peluang dan ruang untuk mempamerkan ilustrasi buku kanak-kanak milik aku. Sebanyak tujuh ilustrasi koleksi peribadi telah aku pamerkan bersama sebelas ilustrator lain termasuk dua orang ilustrator buku kanak-kanak yang aku kagumi iaitu Yusuf Ismail atau dikenali dengan nama Yusuf Gajah dan Asmadi Abdul Wahab juga dikenali dengan nama Adi.

Majlis pelancaran yang telah berlangsung pada Isnin, 02 April 2007 jam 2:30 petang di ruang legar Perpustakaan Raja Tun Uda telah disempurnakan oleh YB Dato Ahmad Nawawi M Zin, Exco Pendidikan Negeri Selangor dengan jayanya manakala majlis penutup telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, Klang pada Sabtu, 07 April 2007 dengan kerjasama Puteri UMNO Bahagian Kota Raja.

Program yang bertujuan meraikan kanak-kanak dengan dunia buku ini merupakan satu aktiviti menggalakkan kanak-kanak menghayati buku di dalam dunia persekitaran mereka. Program seperti ini sentiasa disambut meriah oleh negara-negara lain di dunia, PPAS dan MBBY telah merintis langkah untuk terus menjadikan buku dan kanak-kanak ke arah membina keamanan dan keharmonian dunia.

08 April 2007

Ilustrasi Pameran.

'Hati-Hati Lintas Jalan'



A) Ilustrasi berjudul 'Rumah Saya' menggambarkan tempat berteduh suatu kehidupan sederhana sebuah keluarga bahagia.



B) 'Hujan Rintik-Rintik' menyampaikan mesej alam ciptaan Tuhan.



C) Zaman kanak-kanak yang disampaikan dalam ilustrasi berjudul 'Beri Makan Ayam'.



D) Tiga sekawan disergah dalam ilustrasi berjudul 'Jangan Pijak Rumput!'.





Ilustrasi berjudul 'Jangan Tunjuk Pelangi, Mari Main Layang-Layang!' adalah antara koleksi peribadi, juga telah dipamerkan sempena Hari Buku Kanak-Kanak Antarabangsa 2007 di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY).


© jOnOs 2007

07 April 2007

Hantu's And Spells




Baru-baru ini aku telah diberikan satu tugas menghasilkan
ilustrasi bagi sebuah buku cerita misteri berjudul 'Hantu's And Spells'
karya Nambai. Hendak menyiapkan 20 ilustrasi bagi buku
cerita ini dalam tempoh 14 hari cukup membuatkan aku duduk
dalam dunia aku tanpa makan tengahari. Ahaha.
Sebuah buku yang ditulis berdasarkan kisah benar dari kajian
penulis menjadikan aku tunggang terbalik mencari bahan rujukan.
Dan inilah sebahagian hasilnya...
Nambai sebelum ini pernah menghasilkan dua buah buku cerita berilustrasi
dalam bahasa Inggeris berjudul 'Nambai Life Is..'
ilustrasi dihasilkan oleh kartunis tersohor Ujang
dan 'Scorpion A Cats Tale' ilustrasi
karya Khairul Azuwan.